Setelah seharian penat mandi laut. Kenalah meneruskan kerja di pejabat pula. Memandangkan aku sudah ketandusan cuti, maka tiadalah cuti rehat dapat diambil lagi. Cuti selebihnya bagi tahun 2013 akan digunakan dengan sebaik mungkin sekiranya aku menghadiri perbicaraan di Mahkamah nanti. Aku mengambil keputusan untuk membawa Danial ke pejabat kerana ingin mengurangkan beban mak menjaga budak-budak di kampung. Rayqal terpaksa ditinggalkan di kampung sebab ibu dan ayahnya ada hal yang tidak dapat dielakkan. Jadi, sekiranyanya aku membawa Danial, senang la sikit mak nak jaga Rayyan dan Rayqal di kampung. Lagipun dua hari saja dipejabat. Bos dan ramai staff di pejabat juga cuti. Jadi, mungkin adanya Danial ini tidaklah mengganggu mereka sangat. Aku kejut anak teruna aku ni seawal 4.15 pagi bersiap mandi untuk bertolak ke Petaling Jaya. Bagi aku ianya perkara biasa kerana aku sudah biasa berulang alik dari Hutan Melintang ke Petaling Jaya setiap hari. Namun, tidak bagi teruna aku ni. Alhamdulillah, senang saja kejutkan Danial bangun pagi. Semuanya adalah tips dari penceramah yang pernah aku dengar. Yang pastinya selawat dan salam serta sentuhan yang lembut memainkan peranan dalam mengejutkan anak bangun pagi samada untuk solat, ke sekolah atau mandi. Jadi, kita semua boleh amalkan dalam kehidupan seharian.
Danial ni seorang yang banyak mulut. Suara dah la besar. Habis satu pejabat bising dengan suara dia yang suka bertanya itu dan ini. Budak zaman sekarang mana lah nak duduk diam kan? Ada saja perkara yang ingin dilakukan. Melukis la, mewarna la, tengok kartun la, main game lah..Memang jenuh la mommy dia ni nak layan. Kalau nak tahu, Danial pun tolong mommy buat kerja juga. Tak percaya? Jom tengok..
Pada sebelah malam pula, aku bawa teruna ku ni berjalan-jalan di Mid Valley. Nak tengok wayang tapi tiada cerita yang seronok pula. Habis saja Danial puas berjalan dan minta apa yang dia nak minta, kami pun balik dan singgah kedai mamak. Nak makan roti canai dan teh tarik katanya...Dia sempat pula posing mimik muka macam dibawah ni. Sabar je la...












