25hb. Disember 2013, kami sekeluarga pergi mandi laut di Pantai Teluk Batik. Memandangkan semua orang cuti, inilah masanya kami meluangkan masa bersama-sama. Aku, mak dan emi bangun seawal 4.30 pagi untuk memasak dan menyediakan segala keperluan untuk berkelah. Semua orang memang teruja untuk mandi laut terutamanya anak-anak aku ni. Kami bertolak seawal jam 7.00 pagi. Kononnya, semua nak terjun pantai pagi-pagi. Bila mandi pagi takde la panas sangat kan? Udara pun segar dan sejuk.
Kami sampai jam 8.00pagi. Memang seronok sebab orang tidak ramai jadi boleh la kami pilih tempat duduk bawah pokok yang dekat dengan pantai. Bayangkanlah kena bawa makanan yang sangat banyak. Ye la semuanya kuat makan kan? hehe.. kami bawa sandwich telur, sandwich sardin, nasi, ayam masak merah, udang galah masak lemak nenas, hot dog, nugget, bihun goreng. Memang kenyang la. Sudah lama rasanya tidak menjejaki kaki di sini. Banyak juga perubahan. Nak tengok gambar kami? Sila lihat bawah ya..
Atuk bersama cucu-cucunya yang sangat kacak itu. Seperti biasa Rayyan yang manja itu asyik nak berdukung saja.
Nenek bersama cucunya Rayqal yang sangat comel. Ibu Rayqal dah kurus dah sekarang. Berjaya mengembalikan berat badan sebelum bersalin. hehe
Inilah mommy Danial dan Rayyan. Tinggal kami bertiga sekarang. Tidak mengapalah yang penting kami gembira.
Aku sudah ada dua orang jejaka yang tampan. Macam tidak percaya saja. Amanah Allah akan ku peliharai sebaik mungkin InsyaAllah
Aku dan Rayyan dalam bot. Rayyan tidak mahu lepas dari aku. Mungkin takut sebab inilah kali pertama anak mommy ni naik bot.
Danial dan pak su duduk paling depan sekali. Wahhhh..berani sungguh anak mommy ni ya!!
Macam tidak percaya kami di tengah laut. Seronok dan teruja. Hilang semua stress.
Itulah sedikit sebanyak gambar kenangan yang dapat aku ambil. Gambar mandi laut tiada siapa nak ambil sebab semua orang sibuk mandi manda. Hehehe. Walau apapun, aku sangat bersyukur dan gembira dapat membawa anak terunaku di sini. Danial nak naik banana bot tapi aku tak bagi sebab bahaya la sayang.....Lepas ni insyaAllah aku akan bawa mereka jauh sikit. Memandangkan Danial pun akan mula bersekolah, segala aktiviti akan dirancang terlebih dahulu.







No comments:
Post a Comment