Sejak kebelakangan ini fikiran aku sangat bercelaru. Sungguh sukar melupakan seseorang yang sangat dicintai. Itulah lumrah hidup. Apa pun, aku harus berpijak pada bumi yang nyata. Pendam saja cinta itu dalam hati kerana sememangnya aku sangat yakin ia tidak akan ke mana. Jika kau membaca ini, aku ingin kau tahu bahawa aku selalu mendoakan kebahagianmu di dunia dan akhirat. Maafkan ku kerana aku terpaksa melakukan ini untuk kebaikan semua. Kita sudah mempunyai kehidupan masing-masing. Aku tidak mahu merosakkan kebahagiaanmu walaupun hanya dengan sebesar debu. Semoga kau hidup bahagia hingga ke Jannah. Maafkanku. Bukan niatku untuk menghindari atau menjauhkan diri darimu. Aku terpaksa bina jurang ini. Mungkin dengan cara ini dapat menghilangkan perasaanku terhadapmu sedikit demi sedikit walaupun hakikatnya sukar. InsyaAllah aku akan terus kuat mengharungi kehidupan ini. Mungkin inilah takdirku, inilah hidupku. Walau apapun, di mana saja kau berada, doaku tetap mengiringimu.
Assalammualaikum..
Assalammualaikum..
No comments:
Post a Comment