Assalammualaikum..
Dalam kehidupan ini tidak semua yang kita inginkan akan dapat dimiliki. Hakikatnya, semuanya milik Allah. Tidak kiralah apa yang kita ada..perasaan, cinta, kasih sayang, keluarga, harta, kerjaya dan segalanya merupakan milik Allah Yang Maha Berkuasa. Kita sebagai manusia tidak mampu mentafsir apa yang akan berlaku dalam hidup kita. Segalanya telah ditentukan dan sememangnya kita harus redha kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Sudah semestinya masa juga tidak boleh diputar kembali untuk kita memulihkan kembali apa yang sepatutnya tidak akan kita pilih. Redha dengan ketentuan Allah sudah cukup membahagiakanku. Cinta itu adalah anugerah dan milik Allah. Kadang-kadang kita haruskan korbankan perasaan cinta itu untuk kebaikan semua.
Aku juga insan biasa. Siapalah aku untuk menolak perasaan cinta itu. Namun, pengalaman telah mendewasakanku. Simpan saja perasaan itu dalam hati. Biarlah ia terbuku asalkan aku tidak akan mengecewakan orang lain. Dan aku juga tidak mahu dikecewakan. Pengalaman telah mengajarku erti hidup. Terlalu banyak kesakitan yang aku lalui. Justeru, aku tidak mahu perasaanku itu dirasai oleh orang lain. Kerana aku sangat-sangat memahami betapa sakitnya untuk diterima. Sesungguhnya, masa tidak boleh diputar kembali. Tanggungjawab dalam menjaga amanah Allah adalah yang lebih utama. Aku tidak mahu menjadikan keadaan bertambah sulit. Justeru, lebih baik aku simpan saja perasaan itu.
Walau apapun, aku sentiasa mendoakanmu walau di mana kamu berada. Biarlah aku simpan saja semua cinta dan kenangan itu. Hidup perlu diteruskan. Semoga kau peroleh kebahagian dan keberkatan di dunia dan akhirat. Aminnnnn..
No comments:
Post a Comment