"Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada Hari Akhirat" - (Ar-Ra'd:22)

Tuesday, November 26, 2013

Psiko

Assalammualaikum..
          Aku ni bukan jenis yang suka bersosial sangat.  Nak memilih kawan pun susah.  Aku memang senang berkawan tapi secara umum sahaja.  Orang suka berkawan dengan aku. Mungkin aku ni seorang yang natural.  Bukan talam dua muka, bukan suka minta simpati, bukan seorang yang pandai berlakon.  Aku adalah aku. Seorang yang menerima pendapat orang seadanya.  No heart feelings. Orang buat apa pun aku masih boleh tersenyum dan menerima dengan positif.  Aku bukan plastik.  Itulah aku. Mungkin orang senang berkawan dengan aku sebab aku berfikiran terbuka.  Kalau di pejabat tu, aku ni masuk dengan semua orang. Sebab apa? sebab aku tidak suka akan persepsi yang negatif.  Kalau ada orang cuba nak jadi firestone, awal-awal lagi aku dah reject.  Dalam hati ni aku dah label 'minah ni memang tak boleh dibuat kawan'. Nak memilih kawan yang benar-benar ikhlas memang susah.  Hanya dengan orang tertentu sahaja aku boleh kongsi suka dan duka.  Hati orang memang sukar untuk dinilai. 
          Disebabkan kawan baik aku Farrah Wahida tiada di Malaysia ketika aku berduka ini jadi aku keluarlah buat aktiviti harian seorang diri.  Salah ke? Tak salah kan? Pelik ke? Tak pelik kan? Tapi hairan juga masih ada orang yang labelkan aku seorang yang pelik.  Ikut suka hati korang la janji itulah diri aku.  Maaf ya. Aku bukan seorang yang hipokrit. Depan baik dengan orang tapi belakang kawan sendiri pun sanggup dikutuk.  Aku pun tak tahu mengapa begitu ramai orang sebegitu di dunia ini.
Bila aku stress, aku masak.  Aku cuba resipi baru.  Tak pelik kan? Mane tau satu masa nanti boleh masuk Master Chef. Lagipun lepas masak boleh makan.  Mana tau boleh tambah berat badan aku yang susah nak naik ni. Pelik ke? Malam tadi aku main boling sorang-sorang.  Ada orang cakap aku pelik.  Biar lah orang nak cakap apa pun.  Dah aku minat. Suka hati aku la nak main berapa round. Tapi tiba-tiba mood aku ni bertukar tak berapa baik bila ada seorang mamat poyo datang kat aku. Aku paling pantang bila orang datang tanya soalan yang ntah apa-apa bila aku tengah syok main.  Wahai cik abang yang aku tak tahu apa nama, maaf la aku tak kacau lane kau pun kan? So boleh tak jangan kacau aku? Berapa kali aku nak cakap, aku dah kahwin dah ada 2 orang anak. Soalan bodoh yang dia tanya sampai mengganggu emosi aku adalah : 'kalau dah kahwin mana suami u? mana anak u? mengapa main sorang-sorang? tak perlu la nak tipu?' ya Allah.  Aku ni muka penipu ke? Sebenarnya soalan dia tu tak bodoh tapi aku ni memang ntah la sangat sensitif bila ditanya soalan bertubi-tubi yang aku rasa tak perlu la nak dijawab. Bila mood aku dah terganggu, aku pun terus angkat beg blah gitu aje.  Ingatkan dah aman rupanya mamat tu kejar aku.  Dalam hati ni aku cakap mamat ni dah gila la kot. Beria nak no hp aku? Oh please memang tak dapat la. Aku senang je cakap 'Encik..maaf la saya tak pakai hp dan saya ada hal ni'.  Dia masih degil lagi nak ikut aku.  Boleh dia cakap dia sebenarnya dah lama perhatikan aku setiap kali aku ke situ. Aishhhh memang psiko la mamat ni.  Apa la nasib aku.  Dapat husband yang psiko. Jumpa orang pun yang psiko macam ni. At last aku jalan laju-laju masuk kereta dan balik umah.  Taubat lepas ni aku kena cari port lain main boling.  Tak nak pergi situ dah.  Harap-harap dia tak ikut aku sampai umah..seram..

No comments:

Post a Comment