Assalammualaikum..
Ya Allah susahnya nak lupakannya. Sangat-sangat susah. Memang la susah sebab selama ni tak pernah lupa pun. Apapun aku kena cuba. Jangan biarkan perasaan memakan diri. Tidak adil bagi dirinya. Aku pernah mengecewakannya satu ketika dulu. Mana mungkin begitu senang dia menerimaku. Apapun memang tidak dinafikan dialah satu-satunya insan yang selalu ada ketika aku susah dan senang. Mungkin jodoh itu bukan milik kita. Dia telah memiliki kehidupannya sendiri. Aku doakan mereka bahagia hingga ke Jannah. Bahagianya adalah bahagiaku juga.
Kuatkanlah semangatku ya Allah. Itulah aku. Susah untuk mencintai seseorang. Susah juga untuk melupakan seseorang yang telah kucintai. Wahai blog kesayanganku. Kau sahaja tempat aku mengadu sekarang ini. Apapun aku akan sentiasa mencuba. Aku akan meneruskan kehidupanku. Aku akan cuba dan terus mencuba. InsyaAllah dengan izin Allah aku yakin aku mampu melaluinya.
Mungkinkah aku sebenarnya takut dengan bayang-bayangku sendiri?Keputusan yang aku buat ini adalah untuk kebaikan semua. Aku tidak mahu perasaanku ini semakin lama semakin susah untuk dibuang. Oleh sebab itu, aku perlukan jurang ini. Aku akan cuba sedaya upaya untuk tidak berjumpa atau apa saja kerana aku takut akan harapan. Mungkin orang tidak akan faham apa yang aku rasai. Namun, segala kepedihan yang aku alami cukuplah ia berparut untuk sekali. Aku tidak mahu kecewa dan sedih untuk yang ke -2 kali. Apapun, aku hanya mampu mendoakan yang terbaik untuknya..aminnn..
No comments:
Post a Comment