Dah lama rasanya tidak menulis sesuatu di blog ni..Rindu juga rasanya..Mungkin kekangan masa dan kesihatan membataskan aku berbuat demikian. Aku masih lagi di pejabat menyiapkan saki baki kerja yang tidak pernah selesai..Dalam kesibukan mengejar duniawi, masih adakah manusia yang bersikap jujur di muka bumi ini..Ya lah..Sekarang sudah akhir zaman..Memikirkan tentang diriku setiap hari..Bagaimanakah kesudahan hidupku? Apa yang boleh kukatakan hanyalah ku serahkan segalaNya pada Allah S.W.T.. Semua yang baik datang dariNya..
Masih adakah lelaki dan insan yang benar-benar ikhlas untuk diriku? Kekecewaan yang ku alami sudah cukup menutup pintu hatiku untuk mana-mana lelaki yang kurasakan semuanya adalah plastik..Jika ditakdirkan muncul seorang insan dalam hidupku, biarlah insan itu dihantar oleh Allah supaya dapat membimbingku dan anak-anakku hingga ke Jannah..Benarlah kata orang..cinta tidak semestinya memiliki..Justeru, simpan saja cinta itu dalam hati..Cinta pada manusia hanya akan mengecewakan kita..Hanya cinta pada Allah adalah cinta yang sahih dan sejati..
Ya Allah aku sebenarnya telah berdosa padaMu..Tidak sepatutnya aku melayani perasaanku ini kerana aku tahu ia mungkin akan mengecewakanku lagi untuk kali ke-2..Aku yang menentukannya..Aku yang harus memberhentikan perasaanku ini..Jika ku kenangkan, tidak seharusnya aku meneruskannya..Untuk kebaikan semua aku harus melupakannya walaupun pada hakikatnya aku menyintainya..
Bantulah aku ya Allah..Kuatkanlah semangatku ya Allah..Bimbinglah aku ke jalan yang Kau redhai..sesungguhnya aku seorang hamba yang hina dan lemah..
No comments:
Post a Comment