"Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada Hari Akhirat" - (Ar-Ra'd:22)

Tuesday, August 27, 2013

Sedih

Assalammualaikum..

         Hari ini bergerak dari kampung Hutan Melintang ke tempat kerja Petaling Jaya..Sepanjang perjalanan aku menangis mengenangkan nasib yang menimpa diriku..Namun apa yang boleh ku lakukan kerana mungkin inilah takdir yang telah ditentukan untuk diriku..Aku sangat merindui sahabat karibku iaitu Farrah Wahida..Dia yang mengerti apa yang aku rasa..Ketika aku memerlukannya untuk meluahkan apa yang aku rasai sekarang ini, dia berada jauh dariku..Walaupun dia ke Qatar hanya untuk 3 tahun namun aku sangat merasai kehilangan seorang sahabat karib yang sanggup susah senang denganku..

                Semalam adalah hari perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam..aku merasakan pada ketika itu hanya Allah yang dapat membantuku kerana aku dapat rasakan hukum di dunia adalah hukum yang palsu..Bagaimana insan lemah sepertiku di soal bertubi-tubi dengan soalan-soalan yang ku kira tidak masuk akal..Percaya atau tidak itulah hakikatnya..Bukti yang ada hanya dianggap seperti sampah..Dengan daya ingatan yang kita ada mampukah kita mengingati setiap bibit perkataan dengan sangat terperinci..Aku sangat sedih..Apapun, aku percaya Allah ada bersamaku..

No comments:

Post a Comment