"Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada Hari Akhirat" - (Ar-Ra'd:22)

Thursday, August 29, 2013

Lindungilah anak-anakku ya Allah

Assalammualaikum..
        Ya Allah ya Tuhanku..Aku mohon bantulah hambaMu ini..lindungilah anak-anakku tidak kira di mana jua mereka berada..sesungguhNya Engkau Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, lagi Maha Penyayang..Aku hanya insan yang hina lagi lemah..hanya Engkau sahaja yang tahu baik buruk sesuatu perkara yang berlaku..
         SesungguhNya aku hanyalah seorang ibu yang hanya ingin melindungi keselamatan anak-anakku..Apalah dayaku untuk menghalang anak-anakku untuk dibawa bapa kandungnya sendiri walaupun di dalam hatiku ini penuh dengan rasa resah dan bimbang..Aku tidak tahu sejauh mana anak-anakku dapat dijaga dengan baik apabila berada bersama bapa kandung mereka..Aku bergantung sepenuhnya kepada pertolonganMu ya Allah..Lindungilah anak-anakku walau di mana mereka berada..

          Ya Allah aku hanya mampu berdoa dan bertawakkal segala yang berlaku esok baik-baik sahaja..Seandainya itu adalah yang terbaik, aku redha ya Allah..hanya Kau sahaja yang tahu apa yang tersirat dalam hatiku..Anak-anakku umpama nyawaku sendiri ya Allah..Bantulah hambaMu ya Allah..Aku mohon Kau lindungilah Danial Asyraf dan Rayyan Harith walau di mana mereka berada..jauhkanlah mereka daripada apa-apa perkara buruk..


No comments:

Post a Comment