"Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada Hari Akhirat" - (Ar-Ra'd:22)

Sunday, August 25, 2013

Tertinggal

Assalammualaikum..

           Hari ini terpaksa pinjam kereta kesayangan abah sebab keretaku mengalami masalah brek..Kalau ikutkan hati boleh saja aku redah bawa keretaku tu tapi abah tak bagi sebab takut terjadi apa-apa di tengah perjalanan..dah la jauh sebab bergerak dari kampung seawal jam 4.30pagi untuk ke pejabat..terpaksa la akur dengan kebimbangan abah tu..jadi keretaku akan berehat beberapa hari di dalam bengkel ye..harap-harap cepat la siap sebab esok aku kena pergi mahkamah tinggi shah alam pula..banyak urusan yang perlu diselesaikan..memang patah kaki kalau tiada kereta ni..sebab keretakan merupakan satu keperluan..tambah-tambah lagi dengan keadaaan aku sekarang ni..kau memang sangat diperlukan wahai keretaku..

             Bila kena tukar kereta secara mengejut ni habis la semua barang tertinggal dalam kereta..Pas pekerja, pas tempat letak kereta dan semua segala barang peribadi terlupa nak ambil..Sampai tengah perjalanan baru teringat..takkan nak patah balik..jadi pejam mata saja la jadi orang asing untuk sehari ya..harap-harap tiada la polis ke jpj ke menahanku di tengah jalan nanti sebab wallet pun semua tertinggal dalam keretaku..ini memang kes berani mati..sekejap lagi kena la tebalkan muka meminjam duit siapa-siapa ni sebab dalam tangan hanya ada RM10 sahaja..itupun ehsan duit abah yang memang ada dalam kereta..sedih..manyak sangat terlupa..itu la akibatnya bila dalam otak ni dah terfikir untuk MC je arini..bila teringatkan wasiat-wasiat dari bos yang telah ditinggalkan terus je terbangun dari tidur semangat pergi kerja..

              Apapun semoga hari ini, esok dan hari-hari seterusnya akan dilindungi dari Allah..Semoga kereta kesayanganku itu cepat sembuh..bila teringat wallet tertinggal dalam kereta cepat-cepat telefon abah untuk tolong tengokkan..Harap-harap masih ada orang yang jujur dalam dunia ni..kalau tidak memang lesap la semuanya..huhuhu..sedihnya kalau terjadi..

No comments:

Post a Comment