"Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada Hari Akhirat" - (Ar-Ra'd:22)

Wednesday, August 21, 2013

Aku bukan boneka

Assalammualaikum..

                    Malam yang sungguh sepi..tatkala aku merenung ke luar, tiada lagi bulan dan bintang yang sentiasa menemaniku suatu ketika dulu..yang ada hanyalah kesibukan kota yang ditemani kenderaan ke sana sini, highway yang diterangi lampu, rumah dan bangunan tinggi yang menyesakkan serta udara yang dipenuhi dengan debu..Mungkin bukan itu yang kuinginkan..Semua memori yang kulalui membuatkan aku sangat rindukan keindahan alam ciptan Allah..aku sangat rindukan kedamaian..kerana rindu itu aku sedang dalam petimbangan untuk membuat satu keputusan di mana aku sangat rindukan untuk tinggal di kampung..kampung yang dipenuhi dengan kedamaian alam semulajadi..jauh dari hiruk pikuk, jauh dari gangguan, jauh dari stress, jauh dari segalanya..bukan bermakna aku lari dari masalah..mungkin itu juga salah satu cara untuk aku lupakan segala memori yang sangat sukar untuk dipadam dalam ingatan..

                    Sejak zaman persekolahan, aku memang telah ditakdirkan susah untuk berjumpa lelaki yang benar-benar setia dan ikhlas terhadapku..Apabila aku mengharapkan perasaanku dibalas akhirnya insan lain yang mengisi ruang hatinya..Dulu aku selalu berfikir, mungkin juga usia semuda itu, semuanya hanyalah cinta monyet...Mungkin itulah takdirku..Waktu tidak boleh diputar..perjalanan hidup seseorang juga telah ditentukan..Semoga mereka bahagia hingga ke Jannah..mungkin sudah ditakdirkan bahawa susah untuk aku mendapatkan cinta dan kasih sayang yang tulus ikhlas dari hati dan bukannya dari luaran semata-mata..aku pasrah..aku redha..
 
                 Sungguh besar dugaanMu ya Allah..berlaku dalam sekelip mata..tatkala teringat memori lama seakan tidak percaya yang aku selemah dan semuda ini telah melaluinya..kadang-kadang aku terfikir bahawa aku diperbodohkan, dipermainkan dan dipergunakan..namun siapalah aku untuk mengeluh sedangkan itu semua telah ditakdirkan untukku..aku hanya manusia biasa yang ingin disayangi dan dicintai..aku tidak mengharapkan sesuatu yang tinggi..cukuplah sekadar diriku dihargai sebagai seorang perempuan. 

                   Sungguh tidak ku sangka orang yang sangat aku benci suatu ketika dahulu adalah jodohku..aku tidak pernah menyukainya, jauh sekali untuk menyintai dan menyayanginya..namun mungkin itulah yang dinamakan jodoh..dia memilikiku namun bukan hatiku..luluh hatiku apabila aku mengetahui dia memilikiku bukan atas dasar cinta dan keiklasan..dia memiliku bukan untuk membawaku ke Jannah..namun dia memilikiku hanyalah untuk kepentingan dirinya dan egonya yang dicabar oleh rakan-rakannya.  Sungguh aku luluh..Bila difikirkan kembali sungguh bodohnya aku..sungguh butanya aku..sungguh daifnya aku mempercayai seorang lelaki yang bukan aku cintai pada mulanya..Manusia memang senang mengukir janji, namun senang juga memungkir janji..ya memang aku susah untuk mencintai lelaki. Aku juga susah untuk didekati..Apa salahku sehingga diperlakukan seperti itu..Aku bukannya patung..diperlakukan seperti boneka..aku manusia yang punya hati dan perasaan..Hatiku sangat rapuh, jiwaku sangat halus..Cukuplah setakat ini sahaja aku dipermainkan..Hatiku telah hancur berkecai seperti kaca berderai sehingga tiada satu pun yang dapat dicantum semula..

Apa yang perlu aku lakukan sekarang adalah meneruskan hidupku membesarkan anak-anakku yang merupakan amanah Allah dengan sebaik mungkin..

No comments:

Post a Comment