"Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada Hari Akhirat" - (Ar-Ra'd:22)

Thursday, August 22, 2013

Itulah aku


         Mungkin ramai yang tidak mengenali diriku..mungkin ramai juga yang sukar membaca fikiranku..mungkin itulah aku..seorang yang suka memendam rasa..seorang yang lebih mementingkan kebahagiaan orang lain lebih dari kebahagiaan diri sendiri..ramai yang mengatakan aku seorang pendengar yang setia..aku senang memahami perasaan orang..namun perasaan aku sukar untuk difahami orang..itu lah aku..seorang yang selalu mengukir senyuman..seorang yang selalu menyembunyikan keresahan hati..itulah aku..seorang yang susah meluahkan apa yang aku rasa..segala yang ku lakukan diselaputi dengan keceriaan dan kegembiraan walaupun hakikatnya aku dalam kesedihan..

              Bagiku, senyuman dapat menghilangkan keresahan..senyuman dapat menghidupkan keceriaan dan senyuman juga dapat menggambarkan keikhlasan..jiwaku sangat halus..hatiku sangat mudah tersentuh..aku sangat mencintai kedamaian alam semulajadi..

             Aku cintakan binatang..buktinya, sehingga hari ini aku membela enam ekor hamster yang sangat comel dan juga seekor kucing buangan yang sangat kukasihani..Aku cintakan tumbuhan dan keindahan..buktinya, sehingga hari ini aku telah menghias halaman rumahku dengan pelbagai pokok bunga yang aku rasa perlu ditemani dan dijaga setiap masa..

            Aku sangat minat memasak kerana memasak itu sangat seronok lebih-lebih lagi dapat memasak makanan orang yang kita sayangi..Mencuba resipi baru merupakan satu risiko bagiku..Lebih berusaha sekiranya gagal..Seronok jika berjaya....Bertambah seronok sekiranya orang menyukainya..

         Aku sangat meminati sukan kerana bagiku sukan dapat menghilangkan tekanan..Sukan juga dapat menjaga stamina dan kesihatanku..Itu lah aku..nampak lembut tapi sebenarnya ganas juga..mengapa? kerana futsal dan tenis adalah sukan kegemaranku..percaya atau tidak, boling juga salah satu aktiviti harianku..

          Aku sangat minat menyanyi walaupun suara tidak sehebat Christina Perry..cukup sekadar menyanyi secara suka-suka untuk menghilangkan tekanan..gitar adalah penemanku tatkala aku sunyi..seronok bermain gitar walaupun hanya seperti bayi yang mahu merangkak..itu lah aku sukar untuk diduga..

            Aku sangat suka menulis kerana aku seorang yang sukar meluah rasa..dulu aku ada diari..sekarang aku ada blog ini sebagai peneman setiaku..mungkin dengan cara ini sahaja aku dapat meluahkan apa yang terpendam..itu lah aku..seorang yang sukar diduga..mungkin satu hari nanti aku dapat menulis sebuah novel hasil karyaku sendiri..siapa tahu kan? 

No comments:

Post a Comment