"Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada Hari Akhirat" - (Ar-Ra'd:22)

Tuesday, August 20, 2013

Air Mata

Assalammualaikum..

                  Jika boleh ku timbang air mataku ini, mungkin lebih berat daripada berat badanku sendiri..tapi air mataku ini hanya dapat dilihat oleh Allah s.w.t..mungkin sudah menjadi kebiasaan pada diriku..tidak kiralah seberat mana pun dugaan yang ku terima, memang sukar untuk diketahui orang..sebesar mana masalah dan dugaan yang ku terima, senyuman adalah keutamaanku sehinggakan tiada siapa yang menyedari tentang apa yang aku rasai..apa yang lebih penting adalah melihat kebahagiaan orang lain sudah cukup untuk membahagiakan diriku..

               Mungkin dengan air mata juga akan membuatkan aku lebih sedar bahawa aku hanya hamba Allah yang seharusnya selalu menadah tangan meminta pertolongan dan mengadu padaNya.  Justeru, aku bersyukur dengan air mata yang kumiliki kerana selalu mengalir untuk Allah yang Maha Besar lagi Berkuasa.

                     Sejauh mana ku cuba selindungkan air mata itu, kadang kala ia jatuh juga tanpa ku sedari..melihat sekelilingku yang mempunyai sebuah keluarga yang bahagia cukup memberi hatiku tersentuh..dari dulu sehingga sekarang aku hanya ingin memiliki sebuah keluarga yang bahagia..mempunyai seorang suami yang ikhlas menyayangiku, mempunyai anak-anak yang membesar dengan sempurna..tapi apakan daya semua itu adalah perancangan dan keinginanku dan semua telah ditentukan oleh Allah..aku redha..walaupun selama ini aku telah berusaha menjadi seorang isteri yang baik..memasak, menyediakan pakainya, menguruskan hal rumah dan anak-anak tanpa merungut, melayaninya dengan ikhlas, sabar, tidak mahu kemewahan namun mungkin itu semua tidak cukup baginya..mungkin aku tidak cukup baik untuknya atau mungkin Allah ingin menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik? hanya padaMu sahaja tempat ku berserah kerana hanyaMu sahaja yang Maha Mengetahui..

                 Sekalipun berjuta air mata telah ku titiskan, tidak pernah secalit dendam tersimpan dalam hatiku..aku hanya memafkan semuanya dengan ikhlas dan berdoa satu hari nanti terbuka hatinya untuk menuju ke jalan yang diredhai Allah.  Aku serahkan semuanya kepada Allah..
Aku redha..

No comments:

Post a Comment