"Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada Hari Akhirat" - (Ar-Ra'd:22)

Wednesday, August 21, 2013

antara sedar atau tidak

Assalammualaikum..

                  Ramai yang tidak tahu dan merasai apa yang telah ku lalui..Aku sendiri juga masih tidak percaya dengan apa yang telah terjadi..Antara sedar atau tidak namun yang pasti pengalaman itu amat menyakitkan..selama ini aku memang sangat
tidak mempercayai apa yang orang cakap mengenai gangguan makhluk halus ini..percaya atau tidak makhluk halus ini memang wujud namun apapun yang berlaku kita harus percaya bahawa Allah Maha Berkuasa lagi Maha Pencipta..

                   Pengalaman ini adalah pertama kali dalam hidupku..Aku sendiri tidak menyangka bahawa terdapat manusia yang sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan sendiri walaupun mengetahui bahawa perkara itu boleh memudaratkan orang lain..ya sihir..itu lah yang aku alami selama ini..aku masih dalam proses untuk sembuh dan kekuatan aku hanya ada pada Allah..aku percaya bahawa Allah jua yang Maha Berkuasa..

             Telah beberapa kali aku diminta untuk berjumpa dengan pakar perubatan islam namun seperti endah dan tidak.  Apabila kesakitan yang kulalui seperti tidak dapat ditahan, terbuka hatiku untuk diubati oleh sepupuku sendiri yang sememangnya pandai dalam perubatan islam ini.  Seperti tidak menyangka, adakah ini aku? seperti sedar dan tidak sedar namun yang pasti seperti bukan aku mengamuk dan seperti bukan aku boleh bertindak balas sekuat itu..ya Allah sungguh sakit yang kurasa..seperti bisa..seperti dicucuk-cucuk..seperti panas seperti api..rupa-rupanya makhluk itu telah lama berada di dalam tubuhku kerana hasad dengkinya kepadaku.  Apa salahku? Aku tidak pernah mengganggu orang..jauh sekali menyakiti orang..Apa yang aku miliki adalah anugerah dari Allah dan kecantikan semua ini adalah pinjaman semata-mata..ya aku redha jika hingga sinilah jodohku bersama suamiku..tapi mengapa perlu menyakitiku? anak-anakku yang kecil masih memerlukanku..jika suamiku yang kau inginkan ambillah..jangan ganggu aku dan anak-anakku..aku percaya ajal dan maut itu di tangan Allah..aku redha..

            Patut lah selama ini aku selalu pening kepala..susah tidur malam..kurang selera makan..dan macam-macam perkara menggangu hidupku..rupa-rupanya terdapat gangguan dalam diriku..insyaAllah dengan berkat doa dan kesabaran, aku masih berusaha berjumpa dengan pakar perubatan islam serta mengamalkan doa dan ayat al-Quran yang disarankan..Alhamdulillah keadaan semakin pulih dan aku semakin tenang..aku serahkan segalanya kepada Allah..dan dugaan ini juga membuatkan diriku lebih dekat dengan Allah..alhamdulillah..tiada apa yang kuinginkan..aku hanya mohon Allah lindungi keluarga dan anak-anakku..

aminnnnnnn..


No comments:

Post a Comment