"Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada Hari Akhirat" - (Ar-Ra'd:22)

Thursday, August 22, 2013

Rendangku

Assalammualaikum..

                Tengahari ini ada jamuan raya Bahagian Sains Sosial..Seperti kebiasaan setiap tahun sudah menjadi kemestian bagi setiap orang membawa satu menu tambahan..Menu utama bagi tahun ini adalah Nasi Hujan Panas..sedapnya..Apa menu tambahan aku? Rendang kerang jawapannya..mengapa rendang kerang? sebab ada yang teringin makan tapi semua orang malas nak buat sebab remeh..jadi apa salahnya aku menyumbangkan sedikit tenaga walaupun tidak lah sepakar mana..banyak juga dugaan nak menyediakan rendang kerang ni..hehe

                    Banyak urusan yang perlu aku lakukan semalam..Jadual memang sangat padat..dalam otak ni terfikir bahan-bahan rendang aku yang langsung belum disiapkan..Bila masa aku nak pergi cari, nak beli, nak masak lagi..dengan keadaan aku yang ke sana sini ni..habis sahaja urusanku dengan peguam jam 6.00 petang semalam aku terus berdesup pergi ke Tesco Shah Alam mencari bahan-bahan yang sepatutnya..Sampai sahaja di Tecso aku terus meneruskan langkah dengan laju mencari-cari dimanakah kerang..Alangkah sedihnya kerang hanya tinggal dalam 300g sahaja..aduyaiiii mana nak cukup..nak masak untuk 50 orang..aku ambil juga..cari daun kunyit, kerisik, lengkuas semuanya sudah habis? biar betul Tesco ni..nak tak nak..aku bayar juga la kerang yang aku ambil tadi..Tengok-tengok hanya dua kaunter sahaja dibuka..Orang beratur nak membayar memang sangat panjang..Kalau ikutkan hati nak saja aku letak kerang tu dan terus pergi begitu sahaja mengenangkan ada yang teringin nak makan jadi aku bersabar menunggu giliran untuk bayaran.

                           Jam dah 6.50petang..aku terus meluru ke tesco extra untuk mencari bahan yang tidak cukup..bertambah sedih kerana satu pun tidak jumpa..semuanya juga habis..Rasa macam nak menangis bila mengenangkan apalah nasib rendangku nanti..dapat masak ke tidak..Lepas itu aku gagahkan juga pergi ke Giant..itulah sahaja harapan aku..Alhamdulillah kerang ada..itupun tinggal sikit..tanpa fikir panjang aku borong semua..kerisik pun aku dah jumpa..kerisik asli..seronoknya..tapi daun kunyit pula tiada..macam mana ni? rendang tiada daun kunyit mesti kurang sedap..jadi aku masih berusaha mencari daun kunyit di tempat lain tapi memang tiada..dah lepas mahgrib tapi masih berada di shah alam..pukul berapa aku nak siap masak kalau belum balik? Jadi aku ambil keputusan pulang ke Petaling Jaya dengan hampa..nak singgah Mid Valley memang dah tak larat..

                      Akhirnya alhamdulillah jam 11 malam barulah aku siap memasak..penat sangat..tapi berbaloi dapat juga menyiapkannya walaupun tanpa daun kunyit..kali ni aku masak pedas sikit..siap mengemas rumah barulah aku masuk tidur lebih kurang 1 pagi..

No comments:

Post a Comment