"Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada Hari Akhirat" - (Ar-Ra'd:22)

Tuesday, August 20, 2013

Cinta itu milik Allah

Assalamualaikum..
                         Aku bukanlah seorang yang mampu untuk berterus terang..segala yang ku ungkapkan sudah semestinya ku fikirkan dari setiap sudut kesannya agar ianya tidak menyakiti hati orang lain..segala yang telah ku lalui telah mematangkanku walaupun aku hanya berusia seusia ini. Ya Aku tau..cinta itu milik Allah..siapalah aku untuk mendapatkan cinta yang sejati dari seorang lelaki..aku hanya mampu berdoa dan Allah juga yang menentukan setiap jodoh dan perjalanan hidup seorang hambaNya termasuklah aku yang hina ini..
                          Kadang-kadang aku rasa bahawa tiada cinta yang sejati kecuali cinta kepada Allah.  Apatah sekiranya kita menyintai seseorang yang bukannya milik kita..Aku harus redha kerana itulah ketentuanNya..Mungkin aku tidak layak untuknya..dan mungkin juga itu adalah mainan syaitan yang selama ini berusaha untuk memecah belahkan dan merosakkan umat Muhammad..aku redha..kerana aku juga sedar ia tidak akan berpenghujung dan mungkin akan menyakiti hati banyak pihak kerana aku sangat memahami dan pernah merasainya..Justeru, aku hanya mampu mendoakan yang terbaik untuknya semoga bahagia selamanya hingga ke Jannah..

No comments:

Post a Comment