"Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada Hari Akhirat" - (Ar-Ra'd:22)

Friday, February 7, 2014

Stalista


              Aku memang suka sesuatu kelainan.  Kalau orang rasa pelik tapi aku rasa cantik.  Aku sangat suka fesyen. Sekarang baru nak berjinak-jinak berusaha keras dalam bidang jahitan. InsyaAllah masih dalam proses pembelajaran.  Perkara pertama yang aku target adalah shawl.  Aku sangat minat dengan fesyen pemakaian shawl.  Ia bermula bila aku menonton drama Love You Mr. Arrogant. Semua shawl yang Zara Zya pakai sangat unik dan cantik.  Bila aku cuba dan aplikasikan ramai pula yang minat dan jadi ikutan.  Seronok juga dapat kembangkan bakat yang ada. Mana tau lama-lama nanti boleh buka bengkel pemakaian selendang dan shawl. Bila difikirkan secara mendalam dengan bakat yang ada, aku mula berjinak dengan menjahit shawl sendiri menggunakan kain lycra dan chiffon.  Di tambah dengan lace yang cantik membuatkan selendang menjadi sangat unik.  Kalau nak beli kat luar mungkin tak sama dengan citarasa aku.  Harganya pula mungkin sangat mahal yang boleh mencecah hingga ratusan ringgit.  Buat masa ini aku hanya menjahit untuk ahli keluarga sendiri jika ada majlis perkahwinan atau pertunangan.  InsyaAllah kalau ada kerajinan yang lebih aku akan buat untuk rakan-rakan di pejabat pula. Dibawah ini adalah beberapa keping gambar hasil kreativiti aku yang diaplikasikan kepada rakan-rakan.  Mereka nampak lebih muda, ranggi dan comel. Untuk hasil jahitan tanganku pula akan aku kongsikan pada entri yang lain ya. 
 




No comments:

Post a Comment