"Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada Hari Akhirat" - (Ar-Ra'd:22)

Thursday, February 6, 2014

Patendu Patende


               Gambar di atas merupakan gambar kenangan Kumpulan Koir MQA bersama YB Menteri Pendidikan II iaitu Dato' Seri Idris Jusoh.  Jika nak tahu, YB Menteri adalah yang duduk di sebelah saya.  Terkejut, teruja dan rasa dihargai apabila YB Menteri datang ke meja kami untuk bergambar.  YB Menteri datang berkunjung ke MQA pada sebelah petang.  Kami ahli-ahli Koir MQA telah menyambut kedatangan beliau dengan lagu rakyat Patendu Patende. Secara jujurnya itulah pertama kali aku dengar dan tahu mengenai lagu tersebut. Lagu tersebut adalah lagu rakyat negeri Terengganu.  Kami mengambil keputusan menyanyi lagu tersebut apabila mendapat tahu YB Menteri berasal dari Terengganu.  Bila dah menyanyi sambil menari seronok juga.  Kami semua menyanyi dengan bersahaja dan mendapat pujian dari YB Menteri.  Latihan pun hanya dibuat beberapa kali sahaja dan alhamdulillah kami berjaya. Sila abaikan pinggan mangkuk yang banyak di atas meja kami sebab kami memang kuat makan. hehehehehe

No comments:

Post a Comment