Pagi jumaat yang mulia. Jana datang kat aku nak 'selfie' katanya. Kelakar la kawan aku sorang ni. Ingatkan kenapa la sebab aku baru sahaja selesai solat dhuha. Tercengang aku di buatnya. Jadi layankan lah saja permintaan rakan pejabatku ini. Nasib baik kami tak buat muka gila-gila. hehe
"Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada Hari Akhirat" - (Ar-Ra'd:22)
Friday, February 28, 2014
Wednesday, February 26, 2014
Ulang Tahun Kelahiran
Alhamdulillah..
Syukur padaMu ya Allah..
Terima kasih kerana masih memberi peluang untuk aku bernafas di bumiMu..
Terima kasih kerana sentiasa melindungiku dengan rahmatMu..
Terima kasih kerana tidak putus memberi rezeki kepadaku..
Terima kasih kerana memberikanku kesihatan yang baik..
Terima kasih kerana memberikan sebuah keluarga yang baik dan hebat..
Terima kasih kerana menganugerahkanku dua orng putera yang sangat comel untuk ku pelihara..
Terima kasih kerana meminjamkanku sifat kesabaran yang tinggi..
Terma kasih kerana meminjamkanku sifat kasih sayang yang tulus ikhlas untuk menyayangi semua yang berada disekelilingku..
Terima kasih kerana menghadiahkanku dugaan dan ujian yang hebat untuk ku harungi. Sesungguhnya aku tahu Kau amat menyayangiku..
Terima kasih kerana mengurniakan ku sahabat yang baik dunia dan akhirat..
Terima kasih di atas kehidupan yang indah ini ya Allah
Sesungguhnya..aku amat bersyukur dengan segala yang Kau berikan ya Allah..
Sesungguhnya aku sedar ya Allah bahawa apa yang ku miliki di dunia ini adalah sementara..
Sesungguhnya aku bahagia di sampingMu ya Allah..
Alhamdulillah..
Terima kasih kak Farrah dan kak Joana atas pemberian kek ini..sangat terharu..sangat terkejut..rasa seperti nak menangis..di kala aku keseorangan masih ada insan yang menyayangiku.. Merekalah sahabat dunia dan akhiratku..Aku bersyukur padaMu ya Allah..
Thursday, February 13, 2014
Menjahit
Alhamdulillah..sekarang aku sudah mula berjinak-jinak dalam dunia jahitan secara sambilan. Bukan senang sebenarnya untuk menghasilkan pakaian. Ianya memerlukan kreativiti, kesabaran dan juga minat yang mendalam. Disebabkan aku sangat meminati fesyen, justeru keinginan untuk terus belajar dan memahirkan diri dalam menjahit tidak pernah membuatkan aku berputus asa. Sebenarnya, memang sejak dari kecil aku bercita-cita ingin menjadi seorang pereka fesyen. Sebab apa? Sebab aku sangat suka melihat kecantikan. Sehingga sekarang aku ada menyimpan buku lukisan pelbagai jenis pakaian dan fesyen yang aku reka. Kelakar pun ada. Namun, ianya hanyalah suka-suka sahaja. Memikirkan kehidupan yang aku lalui ini mungkin dunia jahitan ini boleh menjadi kerja sambilan untuk aku menyara dua orang permata hatiku. Walau apapun yang terjadi, insyaAllah aku akan tetap berusaha memberikan yang terbaik untuk keselesaan buah hatiku itu. Alhamdulillah, sekarang aku sudah memiliki sebuah mesin menjahit yang aku beli menggunakan duit simpananku.
Belajar membuat pola
Tiba masa memotong pola
Masa untuk menjahit menggunakan mesin jahit kesayanganku
InsyaAllah, dalam masa terdekat aku akan kumpul duit untuk membeli mesin jahit tepi pula. Yang paling aku idamkan adalah mesin jahit tepi halus yang membolehkan aku meluaskan kreativiti dalam menjahit pelbagai jenis shawl dan selendang yang ekslusif. Semoga dengan niatku yang baik ini Allah akan limpahkan rezeki untuk kami sekeluarga. Aminnnn..
Friday, February 7, 2014
Stalista
Aku memang suka sesuatu kelainan. Kalau orang rasa pelik tapi aku rasa cantik. Aku sangat suka fesyen. Sekarang baru nak berjinak-jinak berusaha keras dalam bidang jahitan. InsyaAllah masih dalam proses pembelajaran. Perkara pertama yang aku target adalah shawl. Aku sangat minat dengan fesyen pemakaian shawl. Ia bermula bila aku menonton drama Love You Mr. Arrogant. Semua shawl yang Zara Zya pakai sangat unik dan cantik. Bila aku cuba dan aplikasikan ramai pula yang minat dan jadi ikutan. Seronok juga dapat kembangkan bakat yang ada. Mana tau lama-lama nanti boleh buka bengkel pemakaian selendang dan shawl. Bila difikirkan secara mendalam dengan bakat yang ada, aku mula berjinak dengan menjahit shawl sendiri menggunakan kain lycra dan chiffon. Di tambah dengan lace yang cantik membuatkan selendang menjadi sangat unik. Kalau nak beli kat luar mungkin tak sama dengan citarasa aku. Harganya pula mungkin sangat mahal yang boleh mencecah hingga ratusan ringgit. Buat masa ini aku hanya menjahit untuk ahli keluarga sendiri jika ada majlis perkahwinan atau pertunangan. InsyaAllah kalau ada kerajinan yang lebih aku akan buat untuk rakan-rakan di pejabat pula. Dibawah ini adalah beberapa keping gambar hasil kreativiti aku yang diaplikasikan kepada rakan-rakan. Mereka nampak lebih muda, ranggi dan comel. Untuk hasil jahitan tanganku pula akan aku kongsikan pada entri yang lain ya.
Thursday, February 6, 2014
Patendu Patende
Gambar di atas merupakan gambar kenangan Kumpulan Koir MQA bersama YB Menteri Pendidikan II iaitu Dato' Seri Idris Jusoh. Jika nak tahu, YB Menteri adalah yang duduk di sebelah saya. Terkejut, teruja dan rasa dihargai apabila YB Menteri datang ke meja kami untuk bergambar. YB Menteri datang berkunjung ke MQA pada sebelah petang. Kami ahli-ahli Koir MQA telah menyambut kedatangan beliau dengan lagu rakyat Patendu Patende. Secara jujurnya itulah pertama kali aku dengar dan tahu mengenai lagu tersebut. Lagu tersebut adalah lagu rakyat negeri Terengganu. Kami mengambil keputusan menyanyi lagu tersebut apabila mendapat tahu YB Menteri berasal dari Terengganu. Bila dah menyanyi sambil menari seronok juga. Kami semua menyanyi dengan bersahaja dan mendapat pujian dari YB Menteri. Latihan pun hanya dibuat beberapa kali sahaja dan alhamdulillah kami berjaya. Sila abaikan pinggan mangkuk yang banyak di atas meja kami sebab kami memang kuat makan. hehehehehe
Subscribe to:
Comments (Atom)













