"Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada Hari Akhirat" - (Ar-Ra'd:22)

Sunday, April 27, 2014

Basikal Baru


        Alhamdulillah..Danial dan Rayyan sudah memiliki basikal pertama mereka. Aku serahkan kepada mereka untuk memilih sendiri.  Perkara yang paling penting adalah rekabentuk basikal mereka mestilah lebih kurang sama supaya tidak bergaduh. Walau apapun yang terjadi, aku sangat sayang akan mereka. Mereka sahaja harapan yang aku ada untuk menjagaku di dunia dan akhirat.





Wednesday, April 2, 2014

Bergambar dengan Felixia Yeap

      Cantik kan Felixia? Sangat tinggi..jika tidak percaya sila lihat gambar dibawah. Beliau dijemput datang ke MQA untuk menjayakan satu ceramah.  Secara jujurnya aku sangat memuji dengan keperibadian beliau yang sekarang.  Bertutur dan menyusun ayat dengan sopan.  Ciri-ciri seorang muslimah telah wujud dalam diri beliau mungkin inilah hidayah yang diturunkan oleh Allah.  Semoga satu hari nanti beliau akan menjadi saudara Islam kita aminn..