Anak teruna aku sudah mula bersekolah. Sebenarnya Danial Asyraf ni baru sahaja berusia 3 tahun 4 bulan. Namun disebabkan keinginanku untuk dia belajar dan berkawan, aku hantarnya ke Tadika Islam. Sekurang-kurangnya Danial dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Ramai orang cakap tidak perlu hantar anak ke sekolah pada awal usia kerana dikhuatiri anak akan cepat bosan. Mungkin pendapat aku dengan orang lain berbeza. Membesarkan anak-anak seorang diri bukan senang. Bagiku adalah penting untuk Danial Asyraf membesar dengan ilmu sejak dari kecik terutamanya dari segi agama. InsyaAllah..semoga dia membesar menjadi anak yang soleh yang boleh menjagaku bila dia dewasa nanti kerana harta aku adalah anak-anakku. Mungkin rezeki ku juga apabila permohonan Danial Asyraf diluluskan di tadika itu kerana sepatutnya hanya anak-anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja dapat bersekolah di situ.
Hari pertama persekolahan adalah hari yang mencabar. Pada mulanya Danial Asyraf sangat berseronok namun bila dia melihat ada sebahagian dari rakan-rakannya menangis, dia pun mulalah mengeluarkan air matanya. Danial suruh aku menemaninya dari awal sehingga habis persekolahan. Dalam masa yang sama terpaksalah aku jadi cikgu sementara semata-mata ingin mengambil hati anak terunaku seorang ini. Mana tidaknya, semua kawan-kawan Danial panggil aku 'cikgu'. Aku pula seorang yang suka melayani karenah budak. Jadi ramai yang meminta aku menunjuk ajar mereka itu dan ini. Kalau nak tahu, Rayyan pun ikut sekolah sekali. Rayyan ni memang tidak boleh berenggang dengan aku. Jadi, aku bawalah dia sekali untuk mengelakkan dia menjerit mencari aku. Apapun, alhamdulillah sekarang Danial dah suka ke sekolah. Saat yang paling menggembirakan apabila dia telah pandai membaca pelbagai surah dan doa. Alhamdulillah..anak-anakku adalah kekuatan untuk diriku.