"Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada Hari Akhirat" - (Ar-Ra'd:22)
Sunday, December 14, 2014
Monday, July 28, 2014
Raya Aidilfitri 2014
Alhamdulillah..raya tahun ni kami sekeluarga dapat berkumpul dan berpakaian sedondon bertemakan hijau katak pisang..Aku sangat bersyukur kerana dapat beraya dengan dua orang buah hatiku yang kacak dan bergaya. Seperti tahun-tahun sebelumnya kami semua akan sibuk membuat segala persiapan bersama. Masing-masing akan menunjukkan bakat menganyam ketupat dua hari sebelum raya. Kami yang perempuan akan sibuk memasak di dapur. Menu tahun ini adalah ketupat, rendang ayam, kuah kacang dan daging masak hitam. Aku juga ada menunjukkan bakat dalam memasak lasagna. Alhamdulillah mendapat maklumbalas yang positif. Apa boleh buat kan? Walaupun pakai baju cantik-cantik, kalau dah namanya perempuan memang ke dapur la tempatnya.. hehe
Wednesday, July 16, 2014
Ramadhan 2014
Entah mengapa hati ingin sangat menulis pada waktu ini. Mungkin disebabkan oleh emosi yang tidak berapa stabil. Antara perasaan dan hakikat yang perlu diterima. Mungkin aku lebih memilih untuk terus mengabaikan perasaan sendiri demi melihat kebahagiaan orang lain. Ramadhan kali ini adalah Ramadhan ke-2 aku menyambutnya berseorangan. Sebenarnya bukanlah berseorangan. Aku masih lagi mempunyai dua orang putera yang sangat comel dimana aku mengganggap mereka sebagai syurgaku insyaAllah. Alhamdulillah aku juga masih mempunyai keluarga yang sangat menyayangiku. Hanya doa, kasih sayang dan tenaga yang mampu aku berikan kepada mereka. InsyaAllah aku juga turut merasai kebahagiaan apabila melihat mereka bahagia seyum dan ketawa. Aku akan cuba sedaya upaya untuk menjaga hati orang-orang yang aku sayangi. Lumrah hidup tidak semuanya indah. Apa yang lebih penting bagaimana aku menerimanya dengan senyuman.
Rasa sayu dan pilu apabila mengenangkan diri sendiri. Menyambut waktu berbuka puasa seorang diri sedangkan anak-anak dan keluarga jauh di kampung halaman. Setiap kali tibanya ramadhan dan syawal aku dengan sedaya mungkin cuba menyembunyikan perasaan pilu daripada diketahui anak-anak dan keluarga. Menangis seorang diri tidak siapa yang tahu. Yang penting aku tidak boleh menunjukkan walau hanya sebutir titisan air mata di hadapan anak-anakku. Aku perlu tabah. Aku perlu kuat agar mereka juga kuat seperti aku. Pada dasarnya luaran aku memang nampak kuat namun hakikatnya aku sebenarnya lemah dan tidak bermaya. Seringkali aku dengar bahawa tidak semua apa yang kita impikan akan tercapai. Mungkin ada benarnya. Kemewahan dan kecantikan tidak mungkin dapat menjamin kebahagiaan. Apatah lagi mencintai manusia dan memberikan sepenuh hati kepada mereka sebenarnya sangat menyakitkan. Namun mengapa aku perlu mengeluh bukan? kerana aku sepatutnya bersyukur kerana ujian ini diberikan kepadaku. Aku tidak pasti bagaimana penghujungnya kehidupan aku ini namun aku serahkan kepada Allah S.W.T untuk menentukannya.
Semoga masih ada masa untuk aku terus bertaubat di atas segala dosa-dosa yang pernah aku lakukan. Aku sangat takut. Mungkin juga aku masih tercari-cari siapa diriku yang sebenar. Sesungguhnya godaan syaitan itu boleh membinasakanku walau dalam sekelip mata. Semoga Allah menerima taubatku sebagai hamba Allah yang hina ini. Jauhkanlah aku dari sifat bongkak, riak, tamak dan perkara-perkara yang boleh menjatuhkanku ke nerakamu ya Allah. Pinjamkanlah aku dengan sifat sabar dan hati yang bersih agar dipandang mulia di sisiMu ya Allah. Semoga akan ada insan yang akan hadir dalam hidupku yang boleh membimbingku dan membawaku ke Jannah mu Ya Allah. Aminnn..
Wednesday, July 9, 2014
Sebenarnya..
Aku sayang kamu tapi aku terpaksa menidakkanya..
Aku cinta kamu tapi aku terpaksa membiarkannya..
Aku rindu kamu tapi aku terpaksa melupakannya..
Mulut berkata ya namun hati berkata tidak..
Mungkin ini yang terbaik agar tiada hati yang terluka..
Cukup hanya dua hati yang terluka..asalkan bukan tiga..bukan empat..bukan lima.bukan lagi dan lagi..
Semoga kamu kekal berbahagia selamanya..
Aku akan tetap tabah seperti dulu..hanya bahagia dalam senyuman..
Semoga akan ada kebahagian untukku di penghujungnya
InsyaAllah..aminn..
Tuesday, July 8, 2014
Royal Expert White
Inginkan kulit wajah yang cantik, bersih, putih berseri seperti saya?? Gunalah Royal Expert White. Kulit akan menjadi segar dan mulus. Saya telah mencubanya anda pula bagaimana?? Setelah mencubanya selama 1 bulan inilah hasilnya:
Anda boleh MEMBELINYA DI SINI atau emelkan kepada saya di mommydanialrayyan@gmail.com atau terus menghubungi saya di 019-2163100.
Berikut adalah informasi terperinci mengenai kelebihan menggunakan produk Royal Expert White:
Royal Expert Whitening Face Cleanser dihasilkan dari ekstrak Aloe Barbadensis dan juga mengandungi Vitamin C dan E. Diformulakan dengan asid buahan alpha-hydroxy yang akan membantu mencantikkan kulit.Ia sangat sesuai untuk samada kulit berminyak mahupun kulit yang kering lebih-lebih lagi kulit anda yang sensitif.
Royal Expert White Cream berupaya mencerahkan kulit membuatkan kulit kusam kelihatan putih bersih secara semulajadi, merawat jangkitan fungus di kulit, menghilangkan jerawat, menghalus dan menegangkan kulit muka serta menghilangkan kedut halus di wajah, meratakan warna kulit dari bintik-bintik hitam dan jeragat degil
Royal Expert Whitening Soap adalah sabun pemutih yang sangat berkuasa tinggi. Fungsi anti-oksidannya yang tinggi serta terdapat ejen-ejen pemutih yang asli. Ia memastikan kulit menjadi bersih, lembut serta cerah dengan tona yang seimbang.Sabun ini juga mampu memperbaiki kulit yang rosak, mengelak kedutan dan menyihatkan lagi keadaan kulit.
Jangan risau produk ini dijamin selamat
Berikut adalah testimoni pengguna pengguna produk kami
Sunday, June 8, 2014
Kursus di Taman Negara
Aku sangat teruja bila mendapat tahu perlu menghadiri kursus di Taman Negara. Masa dan tempat yang sesuai. Jauh dari hiruk pikuk kota. Tambahan pula, semua aktiviti yang telah diaturkan memang aktiviti lasak yang aku minati. Pada masa itu juga aku dapat melapangkan minda dengan segala masalah duniawi yang aku hadapi pada ketika ini.
Hati menari-nari keseronokan. Tidak sabar rasanya nak sampai
Ini adalah tempat kami beradu. Resort Kuala Tahan
Kami baru sampai. Jadi isi perut dahulu.
Singgah temerloh makan ikan patin. Puas rasanya. Aku memang suka..
Pokok pakis ini sangat cantik dan unik. Ada tiga warna
Kami didedahkan dengan beberapa jenis binatang di sini.
Inilah hasil yang kami jumpa ketika 'night walk' ..lupa la apa nama dia..
Semua sedang bersemangat nak mendaki bukit..
Pagi-pagi kami sudah keluar untuk menguji stamina..
Mereka menghalang aku yang kecil itu..
Menaiki bot menyeberangi sungai..
Alhamdulillah aku tidak gayat..Rasa macam nak naik lagi..
Posing sebentar di stop point jambatan gantung
Yeah..akhirnya aku sampai di puncak Bukit Terisek. Tidaklah tinggi sangat.
Bersama rakanku Faizah yang sangat comel..
Ini geng yang sama-sama menguji ketahanan diri menawan puncak Bukit Terisek. Jangan terkejut, kami sudah beranak 2 tau..nampak muda tak?
Gambar kenangan di jambatan gantung. Selamat tak kena sengat oleh penyengat sebab aku pakai sarung tangan. hehe
Mereka dibelakang adalah ahli dari kumpulan 3. Semuanya sangat 'sporting'. Sakit perut aku dibuatnya dengan lawak sengal mereka. hehe
Comel tak kami? hehe
Meredah hutan bersama kasut kesayanganku. Tak perasan urusetia 'snap' gambar ni masa tengah 'warm up'
Mengapakah aku begitu teruja sehingga membuat aksi muka sebegitu. Kami sedang menunggu 'turn' sebenarnya sambil melihat ketinggian bukit.
Ahli kumpulan kami berjaya menghidupkan api secara manual. Hebat tak? Aku tengok saja. hehe
Selesai melawat perkampungan orang asli.
Seronoknya aku. Macam budak-budak pun ada. Malu lah
Kami pulang dulu ye..
Berendam sebentar di dalam sungai. Air sedang pasang. Seronok..
Kumpulan kami sedang bergerak menuju untuk aktiviti 'rapid shooting'
Kami basah kuyup. semua orang enjoy dengan semua aktiviti yang dijalankan. Rasa macam nak pergi lagi..
Monday, May 5, 2014
Ulang Tahun Kelahiran Rayyan Harith ke-2
Wahai anakku Rayyan Harith..
Mommy sangat sayang akan kamu..
Mommy sanggup lakukan apa sahaja demi membesarkanmu..
Kasih sayang untukmu tidak pernah luntur sayang..
Mommy halalkan air susu yang mengalir dalam dirimu sayang..
Tidak pernah mommy lupa akan dugaan sepanjang mommy menyusukan dan membesarkanmu..
Lebih kurang satu tahun lebih mommy menyusukanmu dengan penuh tanpa gagal..
Mommy sanggup berkorban sepanjang malam menjagamu sayang..
Mommy sangat sedih melihat Rayyan membesar dengan pelbagai dugaan..
Walaupun Rayyan masih kecil dan tidak tahu apa-apa, namun di sudut hati Mommy ini sangat yakin bahawa Rayyan turut merasai apa yang Mommy rasai..
Tidak mengapalah sayang, kita bersyukur kerana masih ramai yang boleh memberi kasih sayang kepada Rayyan..
Rayyan seorang anak yang manja tapi berani..
Rayyan seorang anak yang sangat pintar dan berdikari..
Mommy doakan Rayyan membesar menjadi seorang anak yang bijak dan soleh serta berguna kepada agama, bangsa dan negara
Mommy tidak minta untuk dibalas..
Mommy hanya minta untuk diingati di dalam setiap doamu wahai anakku..
Selamat ulang tahun kelahiran anakku Rayyan Harith..
Rayyan Harith sentiasa ada di setiap doa dan hati mommy..
Mommy sangat sayang akan kamu..
Mommy sanggup lakukan apa sahaja demi membesarkanmu..
Kasih sayang untukmu tidak pernah luntur sayang..
Mommy halalkan air susu yang mengalir dalam dirimu sayang..
Tidak pernah mommy lupa akan dugaan sepanjang mommy menyusukan dan membesarkanmu..
Lebih kurang satu tahun lebih mommy menyusukanmu dengan penuh tanpa gagal..
Mommy sanggup berkorban sepanjang malam menjagamu sayang..
Mommy sangat sedih melihat Rayyan membesar dengan pelbagai dugaan..
Walaupun Rayyan masih kecil dan tidak tahu apa-apa, namun di sudut hati Mommy ini sangat yakin bahawa Rayyan turut merasai apa yang Mommy rasai..
Tidak mengapalah sayang, kita bersyukur kerana masih ramai yang boleh memberi kasih sayang kepada Rayyan..
Rayyan seorang anak yang manja tapi berani..
Rayyan seorang anak yang sangat pintar dan berdikari..
Mommy doakan Rayyan membesar menjadi seorang anak yang bijak dan soleh serta berguna kepada agama, bangsa dan negara
Mommy tidak minta untuk dibalas..
Mommy hanya minta untuk diingati di dalam setiap doamu wahai anakku..
Selamat ulang tahun kelahiran anakku Rayyan Harith..
Rayyan Harith sentiasa ada di setiap doa dan hati mommy..
Subscribe to:
Comments (Atom)























