Assalammualaikum..
Bermula 24/09/2013 hingga 2/10/2013 hak asasiku sebagai manusia telah diganggu dan dicabul oleh dua orang manusia yang ku kira tidak berperikemanusiaan dan boleh dianggap seperti binatang. Mungkin perkataan 'binatang' tersebut agak kasar namun itu sahaja perkataan yang paling sesuai untuk aku gambarkan tentang sikap dan perilaku mereka yang benar-benar tidak berhati perut dan mempunyai hati yang busuk. Mereka telah mengaibkanku serta menfitnahku sehingga satu pejabatku memandang serong terhadapku. Namun, aku sedikit pun tidak pernah menyalahkan rakan-rakan di pejabatku kerana mereka tidak mengetahui hal sebenar. Mereka hanya melihat dan membaca melalui emel yang datangnya dari dua orang makhluk yang berniat untuk menjatuhkanku. Aku dituduh dan difitnah sebagai seorang 'Pencuri'. Ya Allah sungguh besar dugaanMu ya Allah. Siapa yang menfitnahku? Apa yang boleh kukatakan, orangnya adalah orang yang sepatutnya melindungi dan membawaku hingga ke Jannah. Siapa seorang lagi? Sudah tentulah perempuan yang dianggapnya terbaik untuk dirinya. Namun siapalah aku untuk menghukum setiap perilaku mereka. Aku serahkan segalanya kepada Allah untuk menghitungnya. Sehingga ke hari ini, penganiayaan demi penganiayaan dan penindasan demi penindasan yang telah mereka lakukan sehingga mengundang fitnah yang boleh mengaibkan seseorang yang tidak berdosa. Aku tidak takut. Aku hanya takut kepada Allah S.W.T. Buatlah apa sahaja namun aku tetap bersyukur dan menyambut dugaan ini dengan penuh senyuman. Seperti biasa aku hanya bertindak mendiamkan diri tanpa membalas apa-apa pun kepada mereka. Bagiku berdiam adalah lebih baik daripada berkata-kata. Mengapa? Jika aku melatah, mungkin akan mengundang masalah yang lebih besar. Justeru, hanya doa yang mampu ku pohon dari Allah agar segalanya kembali pulih dan semoga kebenaran berpihak kepada kami yang teraniaya ini.
Alhamdulillah Allah mendengar doaku. Memang benar, doa orang-orang yang teraniaya akan termakbul. Sememangnya aku menyerahkan sepenuhnya kepada Allah tanpa ragu-ragu kerana yang baik datang dariNya dan yang tidak baik datang dari diriku sendiri. Dengan pertolongan Allah yang Esa, alhamdulillah aku dikelilingi oleh orang-orang yang memahami. Aku sangat bersyukur kerana Allah meminjamku ramai rakan-rakan yang memahami dan berdiri teguh bersamaku. Pada 8/10/2013, dia datang ke pejabatku semata-mata untuk berjumpa dengan CEO di pejabatku. Untuk apa? Mengapa? Jika difikir-fikirkan memang tidak masuk akal. Tapi itulah kebenarannya. Dia menyuruh CEO agar membuangku kerja kerana tidak sepatutnya seorang dianggap 'pencuri' baginya bekerja di sini. Wah sungguh kejam perilakumu. Sungguh keji niatmu. Bukankah sepatutnya kamu melindungi dan menjagaku. Kamu langsung tidak memberi nafkah walau sesen untukku bahkan kamu menambah lagi deritaku dengan menganiayaku seperti ini. Jika difikirkan dengan logik akal, aku sedikit pun tidak pernah mengganggu periuk nasimu walaupun telah banyak penindasan dan penganiayaan yang kamu lakukan kepadaku dan anak-anak. Kamu dan perempuan jahat itu sanggup melakukan apa sahaja untuk membunuhku? Tidak mengapa. Apa yang aku harapkan moga Allah membuka hatimu menuju ke jalan yang diredhai. Sangat banyak fitnah yang kau lemparkan terhadapku di hadapan orang-orang atasan. Tapi alhamdulillah, sedikit pun mereka tidak pernah goyah kerana mereka tahu aku di pihak yang benar. Bahkan, dengan perlakuanmu itu telah menyebabkan ramai orang mengasihaniku. Banyak kata-kata semangat yang ku terima dari mereka yang telah membakar semangatku untuk bekerja dengan lebih kuat. Azamku semakin menggunung demi masa depan anak-anakku. Terima kasih sebenarnya ku ucapkan kerana disebabkan perlakuanmu dan perempuan tersebut aku menjadi semakin dikenali di pejabatku. Sesungguhnya aku sangat malu kerana dikenali seperti itu namun semuanya atas kehendakmu sendiri. Aku sangat bersyukur dan bertuah kerana ramai yang menjadikan aku sebagai idola mereka. Kerana apa? Kerana mereka sangat kagum dengan semangatku yang dapat mengharungi dugaan Allah ini dengan senyuman tanpa melenting dan tidak pernah mengganggu prestasi kerjaku. Alhamdulillah. Aku juga mohon maaf darimu kerana dengan sikapmu itu sebenarnya telah membuka aibmu sendiri. Sesungguhnya memang benar. Sekiranya kita membuka aib orang, dengan sendirinya Allah akan membuka aibnya. Justeru, jagalah perilaku dan perkataan yang kita lontarkan setiap hari agar sentiasa dilindungi dan diberikan rahmat oleh Allah.
Apa yang ku harapkan sekarang adalah doa kalian yang mengetahui tentang penganiayaan terhadapku sejak dulu lagi. Semoga Allah percepatkan dan meluluskan permohonan fasakhku. Aku serahkan segalanya kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya aku hanya mohon keredhaanMu di dunia dan di akhirat. Aku juga mohon juga agar Allah melindungiku, kedua ibu bapaku serta anak-anakku. Aminnn...