"Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredhaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada Hari Akhirat" - (Ar-Ra'd:22)

Monday, July 28, 2014

Raya Aidilfitri 2014

     Alhamdulillah..raya tahun ni kami sekeluarga dapat berkumpul dan berpakaian sedondon bertemakan hijau katak pisang..Aku sangat bersyukur kerana dapat beraya dengan dua orang buah hatiku yang kacak dan bergaya. Seperti tahun-tahun sebelumnya kami semua akan sibuk membuat segala persiapan bersama.  Masing-masing akan menunjukkan bakat menganyam ketupat dua hari sebelum raya.  Kami yang perempuan akan sibuk memasak di dapur. Menu tahun ini adalah ketupat, rendang ayam, kuah kacang dan daging masak hitam.  Aku juga ada menunjukkan bakat dalam memasak lasagna. Alhamdulillah mendapat maklumbalas yang positif. Apa boleh buat kan? Walaupun pakai baju cantik-cantik, kalau dah namanya perempuan memang ke dapur la tempatnya.. hehe










Wednesday, July 16, 2014

Ramadhan 2014

        Entah mengapa hati ingin sangat menulis pada waktu ini.  Mungkin disebabkan oleh emosi yang tidak berapa stabil. Antara perasaan dan hakikat yang perlu diterima. Mungkin aku lebih memilih untuk terus mengabaikan perasaan sendiri demi melihat kebahagiaan orang lain.  Ramadhan kali ini adalah Ramadhan ke-2 aku menyambutnya berseorangan.  Sebenarnya bukanlah berseorangan. Aku masih lagi mempunyai dua orang putera yang sangat comel dimana aku mengganggap mereka sebagai syurgaku insyaAllah. Alhamdulillah aku juga masih mempunyai keluarga yang sangat menyayangiku.  Hanya doa, kasih sayang dan tenaga yang mampu aku berikan kepada mereka.  InsyaAllah aku juga turut merasai kebahagiaan apabila melihat mereka bahagia seyum dan ketawa. Aku akan cuba sedaya upaya untuk menjaga hati orang-orang yang aku sayangi. Lumrah hidup tidak semuanya indah.  Apa yang lebih penting bagaimana aku menerimanya dengan senyuman.

         Rasa sayu dan pilu apabila mengenangkan diri sendiri.  Menyambut waktu berbuka puasa seorang diri sedangkan anak-anak dan keluarga jauh di kampung halaman.  Setiap kali tibanya ramadhan dan syawal aku dengan sedaya mungkin cuba menyembunyikan perasaan pilu daripada diketahui anak-anak dan keluarga.  Menangis seorang diri tidak siapa yang tahu. Yang penting aku tidak boleh menunjukkan walau hanya sebutir titisan air mata di hadapan anak-anakku.  Aku perlu tabah.  Aku perlu kuat agar mereka juga kuat seperti aku.  Pada dasarnya luaran aku memang nampak kuat namun hakikatnya aku sebenarnya lemah dan tidak bermaya. Seringkali aku dengar bahawa tidak semua apa yang kita impikan akan tercapai.  Mungkin ada benarnya.  Kemewahan dan kecantikan tidak mungkin dapat menjamin kebahagiaan.  Apatah lagi mencintai manusia dan memberikan sepenuh hati kepada mereka sebenarnya sangat menyakitkan.  Namun mengapa aku perlu mengeluh bukan? kerana aku sepatutnya bersyukur kerana ujian ini diberikan kepadaku. Aku tidak pasti bagaimana penghujungnya kehidupan aku ini namun aku serahkan kepada Allah S.W.T untuk menentukannya.  

      Semoga masih ada masa untuk aku terus bertaubat di atas segala dosa-dosa yang pernah aku lakukan.  Aku sangat takut.  Mungkin juga aku masih tercari-cari siapa diriku yang sebenar.  Sesungguhnya godaan syaitan itu boleh membinasakanku walau dalam sekelip mata. Semoga Allah menerima taubatku sebagai hamba Allah yang hina ini.  Jauhkanlah aku dari sifat bongkak, riak, tamak dan perkara-perkara yang boleh menjatuhkanku ke nerakamu ya Allah. Pinjamkanlah aku dengan sifat sabar dan hati yang bersih agar dipandang mulia di sisiMu ya Allah.  Semoga akan ada insan yang akan hadir dalam hidupku yang boleh membimbingku dan membawaku ke Jannah mu Ya Allah.  Aminnn..

Wednesday, July 9, 2014

Sebenarnya..

Aku sayang kamu tapi aku terpaksa menidakkanya..

Aku cinta kamu tapi aku terpaksa membiarkannya..

Aku rindu kamu tapi aku terpaksa melupakannya.. 

Mulut berkata ya namun hati berkata tidak..

Mungkin ini yang terbaik agar tiada hati yang terluka..

Cukup hanya dua hati yang terluka..asalkan bukan tiga..bukan empat..bukan lima.bukan lagi dan lagi..

Semoga kamu kekal berbahagia selamanya..

Aku akan tetap tabah seperti dulu..hanya bahagia dalam senyuman..

Semoga akan ada kebahagian untukku di penghujungnya

InsyaAllah..aminn..